CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, February 10, 2011

"Adakah Dia Benar-benar Mencintaiku?"


Membuat keputusan paling besar dalam hidup
 semestinya sesuatu yang sukar. 
Dalam memilih pasangan hidup juga,
kita perlu sentiasa redha dengan ketentuan-Nya
di samping mengharapkan yang terbaik untuk diri kita dan pasangan.
Namun begitu, dalam melalui hari-hari yang mendatang,
pasti sedikit sebanyak timbul keraguan.
 "Adakah dia benar-benar mencintaiku?"
Persoalan sebegini mungkin bermain di benak fikiran dan
sentiasa berkata-kata di dalam hati
walaupun si dia telah menjadi teman hidup anda yang sah.


1 Orang yang mencintai anda tidak perlu memberikan alasan 
punca dia mencintai anda.Yang dia tahu, di mata dia andalah satu-satunya.

==> Yerrrr...memang dia tak penah bagi alasan kenapa dia\
 cintakan aku.


2 Orang yang mencintai anda mungkin jarang memberikan pujian
 tetapi di dalam hatinya anda adalah yang terbaik dan hanya dia 
sahaja yang tahu.

==> Memang susah nak dengar dia puji kecuali aku yang 
merengek-rengek minta di puji..!haha..gedik jer...

3 Orang yang mencintai anda mungkin akan marah atau mengeluh 
jika anda tidak membalas pesanan atau panggilannya kerana dia
 peduli dan tidak ingin sesuatu yang buruk terjadi pada anda.

==> Betul! Selagi tak reply or pick up call, selagi tu lah fon
 berdering n ade msg msuk.. Syabas.


4 Orang yang mencintai anda hanya menjatuhkan air matanya di hadapan 
anda. Ketika anda mencuba untuk menghapuskan air matanya, anda 
telah menyentuh hatinya dan hatinya selalu berdegup untuk anda.

==> Xpnh ag...huhu..ak xmenyentuh aty die lg la kot.
ngeeee^__^


5 Orang yang mencintai anda akan mengingat setiap kata yang anda
 ucapkan, bahkan yang tidak disengajakan dan ia akan selalu 
menggunakan kata-kata itu tepat pada waktunya.

==> huh! slalu wat cm2...!


6 Orang yang mencintai anda tidak akan memberikan 
janji apapun dengan mudah kerana dia tidak mahu mengingkari 
janjinya. Dia ingin anda mempercayainya dan dia ingin memberikan 
hidup yang bahagia dan aman buat selamanya.

==> Aku yang selalu paksa dia berjanji  ^.^"


Orang yang mencintai anda mungkin tidak mengingati tarikh-tarikh
 istimewa seperti hari ulang tahun anda tetapi dia tahu bahawa setiap 
detik yang dilalui, dia tetap mencintai anda.

==> Eh! Dia ingat je tarikh-tarikh penting tu. ^__^


8 Orang yang mencintai anda mungkin tidak mahu melafazkan
 'aku mencintaimu' dengan begitu mudah kerana segala yang dia
 lakukan untuk anda melalui perbuatan adalah untuk menunjukkan
 bahawa dirinya sememangnya mencintai anda.

==> Hehehe...memang jarang pun ucap 'aku mencintaimu'. 
Selalu said "I love u' jek....hahhahaa


9 Orang yang mencintai anda selalunya berusaha membuatkan
 anda tersenyum dan tertawa walaupun kadangkala caranya 
membingungkan

==> Hmm...kadang-kadang suka buat perangai pelik-pelik!


10 Orang yang benar-benar mencintai anda akan membalut hati
 anda yang pernah terluka dan menjaganya dengan setulus hati 
agar tidak terluka lagi dan dia akan memberikan anda apa-apa 
sahaja yang terbaik walaupun ia terpaksa menyakiti hatinya sendiri.

==> erm...Aku je yang selalu sakitkan hati dia. always !~~huhuhu...
Memang tak patut kan?


p/s:maaf sy bkn yg terbaik yg awk pnh dpt..tp sy akn cbe jd yg terbaik..ermm..
lg 1..sory xreply msg or call..dont know y..rse sdih plak pas 
awk gtau pasl plan awk n kwn2 awk 2..but its ok for me..
enjoy urself..dont bother about me ok...have fun..
sory..

0 comments: